Perpaduan di Malaysia
PERPADUAN DI MALAYSIA (KUMPULAN 2)
1.SITI
HAJAR BINTI SHAFIEE
17DSK20F1001
(MAKSUD
PERPADUAN)
2.NURSYUHADA
BINTI ZULKIFLI
17DSK20F1037
(CARA
MEMUPUK PERPADUAN)
3.NOOR
FADILLAH BINTI NASARUDIN
17DSK20F1033
(KEPENTINGAN
PERPADUAN)
4.NURIN
SYAFIRA BINTI BAAHKIR
17DSK20F1039
(PANDANGAN
INDIVIDU)
5.NUR
ANNISA HUSNA BINTI AZMAN
17DSK20F1011
(KESAN & PENGAJARAN PERPADUAN)
MAKSUD PERPADUAN DI MALAYSIA
Kita sering kali mendengar perkataan perpaduan di dalam kehidupan seharian. Alangkah baiknya jika kita mengetahui maksud disebalik perpaduan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan perpaduan? Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.
Perpaduan
juga dapat ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam erti kata lain
perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Kita
boleh lihat di Malaysia yang merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan
harmoni. Antara kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina, India Kadazandusun
dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba
untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di
Malaysia.
Di samping itu, usaha dalam mengekalkan keharmonian negara yang memiliki masyarakat berbilang kaum dilihat bukan satu perkara yang mudah dan boleh dipandang enteng. Sekiranya perpaduan ini tidak dilaksanakan dengan sebaiknya, pastinya akan berlaku keretakan dan kerenggangan di dalam masyarakat sehingga menjurus kepada perpecahan rakyat. Tun Dr Mahathir pernah berkata perpaduan yang dicapai akan menjamin kestabilan seluruh rakyat. Dengan itu,setiap rakyat yang menetap di Malaysia perlu mengetahui betapa pentingnya perpaduan di dalam kehidupan seharian agar dapat hidup di dalam keadaan yang aman dan damai.
CARA MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DALAM NEGARA MALAYSIA
Dalam era pasca kemodenan ini, semangat perpaduan diperlukan untuk membentuk sebuah masyarakat dan Negara yang harmoni. Antara cara yang dapat kita lakukan untuk mewujudkan nilai bersatu padu ialah pengukuhkan perpaduan kaum iaitu rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai – nilai perpaduan dalam diri anak – anak sejak kecil la. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak – anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu – bapa dapat menjadi suri teladan kepada kepada anak – anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil ialah oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak – anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa melayu, bahasa inggeris, dan bahasa – bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Seharusnya, nilai – nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Selain itu, dari segi institusi – institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu – padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang diambil ialah dengan memberikan kerja – kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru tidak boleh mencetuskan isu – isu sensitive semasa menagajar, misalnya dengan sempurna untuk mengalakkan pelajar berkomunikasi dengan menagung – agungkan warisan budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar – pelajar dan guru – guru perlulah berkerjasama “bagai our dan tebing” demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institusi pelajaran tinggi (ipt).
Seterunya, kita sebagai pelajar haruslah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu dari langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kemenerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar – pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM. Langkah bijak ini mengharapkan dapat membuka mata dan minda anak – anak bangsa tetang akibat dan kesan kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan Bristish telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, sebagai rakyat yang mahukan perpaduan yang harmoni sudah tentu tidak mengharapkan peristiwa 13 mei 1969 berulang dan mengugat kestabilan tanah air. Bak kata ahli falsafah terkemuka, iaitu George Santayana menyatakan bahawa “sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”. Disamping itu, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana, tindakan yang dapat membangkitkan isu kaum dapat mengakibatkan pertelingkahan Antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya menyebarkan unsur – unsur atau kaitan yang menghina Perlembagaan Negara. Sekiranya kita menjaga maruah negara ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara?
Selain itu, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, “serampang dua mata”. Sambutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”.
KEPENTINGAN
PERPADUAN DI MALAYSIA
Antara kepentingan
perpaduan ialah perpaduan telah menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah
negara merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai kepayahan dan
kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh generasi terdahulu. Bermula daripada
penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun dan sekali lagi
penjajahan oleh Inggeris sudah cukup memberikan pengalaman yang pahit kepada
generasi nenek moyang kita. Perpaduan kaum amat penting bagi memastikan negara
kita tidak digugat oleh negara asing. Hasil perpaduan yang ditunjukkan oleh
masyarakat Tanah Melayu yang bersama-sama berganding bahu telah membuka mata
pihak Inggeris untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Kesannya,
sehingga kini masyarakat dapat hidup dengan aman dan harmoni tanpa gangguan
oleh penjajah. Perpaduan yang diwariskan oleh nenek moyang kita ini seharusnya
dikekalkan oleh generasi kini demi kesejahteraan dan menjadi ikutan generasi
masa akan datang.
Selain itu,
perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan
yang hanya mementingkan diri sendiri. Semangat assabiah ini adalah tidak wajar
kerana akan menimbulkan banyak permasalahan dan permusuhan antara kaum. Sebagai
masyarakat majmuk, kita seharusnya berganding bahu antara satu sama lain agar
sama-sama merasai kesejahteraan dan keharmonian negara. Hasilnya, Malaysia
telah menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat
yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid merujuk kepada suatu sistem
politik yang memisahkan penduduk kaum kulit putih daripada kaum bukan berkulit
putih. Dalam dasar Aparteid kaum bukan berkulit putih (khususnya berkulit
hitam) diberi layanan kelas kedua dari segi politik, ekonomi, sosial,
pendidikan dan kebudayaan. Implikasinya, dasar-dasar dalam sistem ini telah
mencetuskan pelbagai penentangan dalam kalangan rakyat, terutamanya dalam
bentuk tunjuk perasaan, penentangan secara pasif serta pergolakan secara
bersenjata. Iktibarnya, Sebagai masyarakat majmuk, kita seharusnya berganding
bahu antara satu sama lain agar sama-sama merasai kesejahteraan dan keharmonian
negara.
Di samping itu, perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Hasil daripada perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia pasti akan menarik minat pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya masyarakat Malaysia. Selaras dengan itu, ekonomi negara kita akan berkembang dengan adanya kemasukan pelancong asing ke negara kita. Hal ini demikian kerana, mereka akan rasa lebih selamat berada di negara Malaysia dan meyakini mereka akan disambut dan dilayan dengan baik oleh rakyat kita. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia mempunyai nilai kesopanan yang tinggi dan dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah, para pelajar yang berlainan kaum dapat belajar di sekolah yang sama dan menghormati antara satu sama lain. Maka, jelaslah bahawa perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing ke negara kita justeru membangkitkan ekonomi negara Malaysia serta menjadikan negara Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
PANDANGAN BEBERAPA INDIVIDU TERHADAP PERPADUAN DI
MALAYSIA
Hari Malaysia kukuhkan perpaduan
PERPADUAN terhasil
apabila rakyat pelbagai etnik dan agama saling menghormati antara satu sama
lain dan sentiasa berhati-hati dengan menyedari sensitiviti agama dan budaya
masing-masing demi keharmonian antara kaum.
Sempena sambutan Hari
Malaysia 16 September 2019, Utusan Borneo menemu bual beberapa individu
mengenai tahap perpaduan, kegembiraan bernaung di bawah kerajaan Malaysia dan signifikan
sambutan perayaan ini.
MOHAMAD
Setiausaha Agung
Pertubuhan Kebajikan Idahan Pewaris Madai (PEWARIS) Mohamad Serangit berkata,
sentimen perkauman dan agama mutakhir ini dijadikan alat serangan politik pihak
tertentu secara terbuka amat menyedihkan.
"Kita perlu
sentiasa sedar dan berupaya mengadaptasi pengajaran dari peristiwa sejarah lalu
sebagai panduan kerana jatuh bangunnya sebuah bangsa terletak antaranya pada
kebijaksanaan rakyatnya memperteguhkan perpaduan.
"Tidak kira apa
pergolakan yang berlalu di sekeliling kita, kita perlu kembali pada penghayatan
sebab dan akibat pelbagai rentetan peristiwa sejarah lalu yang sewajarnya
menjadi panduan kita di Malaysia," katanya.
Menurut Mohamad,
ledakan teknologi 4.0 telah menjadikan pelbagai maklumat begitu mudah diakses
oleh umum dan setiap anggota masyarakat khususnya pengguna medium media sosial
terutamanya perlu mengawal diri dari terjebak menjadi 'batu api' juga bara
dalam sekam ke atas sesuatu isu yang akhirnya mengakibatkan kemudaratan negara.
"Kita sedang
melalui satu fasa baru di bawah kerajaan Malaysia yang baharu.
"Rakyat negara
ini seharusnya menyokong serta membantu usaha kerajaan yang sedang bergelut
memulihkan prestasi ekonomi demi kesejahteraan semua.
"Tarikh 16
September adalah hari ulang tahun pembentukan Malaysia justeru dalam
keghairahan kita menuntut janji untuk Persekutuan merealisasikan sepenuhnya
MA63, kita juga perlu berhemah dan menjaga sensitiviti agar tidak terlalu
menyinggung pihak lain," katanya.
Bak pepatah, 'bulat
air kerana pembentung, bulat rakyat kerana muafakat', apabila sepakat kita akan
menjadi lebih kuat.
ISNAIN
Menurut pendidik
Isnain Rabaha, 39, tahap perpaduan di negara ini masih di tahap sangat baik
terutama di Sabah kerana masih boleh melakukan aktiviti harian tanpa ada
rusuhan, pergaduhan ataupun tindakan ekstrem.
Katanya, berbanding
negara lain meskipun merdeka ada antaranya hancur kerana rosaknya perpaduan,
berpecah berpuak-puak hanya kerana menjadikan perbezaan mereka sebagai
penghalang.
"Kita di sini
masih dapat melakukan amal ibadat agama masing-masing, menghadiri perhimpunan
aman, berkumpul menjayakan pelbagai program bersama-sama dengan kaum lain dan
bagi saya itulah nikmat perpaduan kita.
"Sebagai rakyat,
saya berbesar hati dan berbangga Malaysia dapat meneruskan kemakmuran, perpaduan,
banyak ruang dan peluang dibuka kepada rakyat Malaysia untuk terus maju
mencapai apa yang diinginkan," katanya.
Menurutnya, Hari
Malaysia 16 September signifikan disambut dan diraikan dengan meriahnya untuk
terus menyemai jiwa patriotik rakyat bukan sahaja untuk pembangunan diri tapi
yang lebih besar untuk memperjuang letaknya Malaysia di masa akan datang.
"Tarikh 31 Ogos
disambut sebagai Hari Kebangsaan dan 16 September sebagai Hari Malaysia dan
sebagai rakyat Malaysia, rentetan sejarah yang berlaku ketika menuju negara
yang bebas dari penjajahan perlu diterapkan dan diterjemahkan dalam pelbagai
bentuk penyampaian bermula dari rumah sehinggalah pengertiannya dijiwai
membentuk jati diri rakyat Malaysia," katanya.
Katanya, di bawah
pemerintahan kerajaan Malaysia pelbagai manfaat mula dinikmati khususnya
tumpuan pada pendidikan kerana untuk membina rakyat yang maju aspek pendidikan
menjadi keutamaan.
"Antara yang
terbaharu, inisiatif penyediaan sarapan pagi bagi pelajar yang akan memberi
impak pada tahap kemajuan pembelajaran dalam kelas terutama pelajar di luar
bandar yang terkesan tidak bersarapan kerana pelbagai faktor kekangan,"
katanya.
AINUL
Menurut Ainul
Durmahyanty Durming, 27, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan
patriotik, adalah menjadi kewajiban kita mempertahankan keamanan dan
keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan
keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan.
"Bagi saya, tahap
perpaduan sekarang dalam negara kita dalam keadaan baik yang dapat dilihat
dalam aktiviti harian sekeliling yang masih berjalan dengan baik, pematuhan
undang-undang, aktiviti ekonomi yang lancar dan yang lebih utama masing-masing
saling menghormati perbezaan yang ada," katanya.
Ainul berkata,
meraikan Hari Malaysia 16 September ini untuk memperingati detik bersejarah
penubuhan Malaysia seterusnya menepati konteks pembinaan negara bangsa yang
menitikberatkan kepentingan peranan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.
"Saya bertuah dan
gembira menjadi rakyat Malaysia yang mengecapi kemerdekaan dalam erti kata
sebenar dan berharap negara ini terus maju, aman, makmur.
"Perkara ini penting agar generasi akan
datang terus merdeka meneruskan amanah perjuang-pejuang kemerdekaan negara
mengikut acuan sendiri yang unik," katanya.
Kesan-kesan perpaduan antara kaum kepada kesejahteraan negara Malaysia ialah dapat melindungi negara daripada ancaman kuasa luar . Negara yang mempunyai masyarakat yang berkerjasama antara satu sama lain dapat melemahkan gerakan kuasa luar yang ingin menakluk negara kerana kunci rahsia negara dikawal ketat oleh sikap masyarakat yang saling berkerjasama dalam menjamin kedaulatan negara. Sebagai contoh, anasir-anasir jahat daripada negara luar yang berbentuk secara fizikal ataupun bukan fizikal yang boleh mempengaruhi minda masyarakat dapat dielakkan oleh kerana masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia bersatu padu. Pengalaman yang lepas telah mengajar kita iaitu masyarakat untuk terus berpegang teguh demi kesejahteraan negara seperti Konflik perkauman peristiwa 13 Mei 1969 , Konfrontasi Indonesia serta keganasan komunis yang telah banyak memberi iktibar kepada masyarakat dan pemimpin.
Selain itu , perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat juga dapat diwujudkan . Perpaduan rakyat amat penting demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Masyarakat yang bersatu padu akan melahirkan sebuah negara yang aman dan tiada masalah pertelingkahan antara kaum berlaku. Misalnya, kerajaan telah banyak membuat pelan tindakan khas untuk memupuk sikap perpaduan antara kaum iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 – 1990 dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991-2000, Dasar Wawasan Negara serta Program 1 Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak setelah berlakunya rusuhan pada 13 Mei 1969 dan dasar ini dilakukan bertujuan untuk mencapai perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum dan wilayah. Bagi Dasar Wawasan Negara atau dipopularkan dengan Wawasan 2020 pula merupakan usaha kerajaan untuk mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Konsep 1 Malaysia pula diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib pada 3 April 2009 dengan harapan dapat memberi inspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum dengan mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Seterusnya , negara Malaysia juga akan dihormati dan disegani oleh negara asing kerana kekal aman meskipun terdapat masyarakat yang berbilang kaum . Kuasa luar yang berminat untuk menguasai negara akan membatalkan niat mereka kerana takut dengan semangat rakyatnya dalam mengekalkan keamanan negara. Sebagai yang kita maklum, masyarakat yang berada di Malaysia merupakan masyarakat yang penyayang yang menyebabkan nama Malaysia harum setiap kali misi bantuan kemanusiaan dijalankan sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga. Antara sumbangan yang dijalankan ialah membantu Myanmar, Laos, Kemboja dan Filipina yang menerima musibah banjir serta membantu mangsa tsunami di Acheh dan gempa bumi di Yogyakarta. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hati yang murni dalam menyokong sepenuhnya tentang apa sahaja misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh kerajaan.
Di samping itu,ekonomi negara juga akan meningkat . Para pelabur asing tidak akan berasa was-was untuk melabur di negara Malaysia kerana negara yang aman dan bersih dari segala masalah seperti kegiatan jenayah dan masalah kebersihan oleh kerana Malaysia berjaya melahirkan masyarakat yang bersatu hati serta dapat meminimakan masalah kegiatan jenayah yang serius seperti jenayah membunuh, merompak dan pecah amanah di kalangan rakyat. Selain itu, pelancong asing juga berminat untuk melancong di sini kerana negara yang aman dan makmur telah terbentuk. Antara tempat menarik yang sering menjadi kunjungan ialah Pulau Langkawi yang terletak di Kedah, A Famosa yang terletak di Melaka serta Pantai Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan dan banyak lagi. Malaysia sering menjadi tumpuan pelancong asing kerana terdapat tempat-tempat yang sangat menarik serta mempunyai penduduk tempatan yang sangat mesra. Ini merupakan kelebihan kepada negara dan dapat meningkatkan ekonomi secara tidak langsung.
Dari perspektif yang lain, antara nilai murni dan iktibar yang dihayati hasil daripada kehidupan berteraskan amalan permuafakatan dalam kehidupan ialah keamanan negara dapat dijamin dengan wujudnya masyarakat yang bersatu padu . Perpaduan yang kukuh antara satu sama lain akan melahirkan negara yang aman,tiada masalah perselisihan faham yang menyebabkan kesejahteraan negara tergugat.
Selain itu , amalan berkerjasama juga dapat dipupuk antara satu sama lain hasil daripada kehidupan berteraskan permuafakatan dalam kehidupan. Masyarakat yang berkerjasama dapat membantu negara mempertingkat mutu perpaduan rakyat yang dapat mewujudkan negara yang aman dan makmur. Sebagai contoh, masyarakat saling berganding bahu untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang sedang membelenggu negara kita dengan cara mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu memanfaatkan aplikasi MySejahtera, sentiasa memakai pelitup muka, sentiasa memakai hand sanitizer dan mengelakkan diri daripada berada di tempat yang sesak kerana ia akan mengundang risiko tinggi untuk berjangkit.
Seterusnya , masyarakat yang bersemangat patriotik juga dapat dilahirkan . Melalui permuafakatan yang wujud dalam masyarakat , kesedaran tentang semangat cinta akan negara sedikit demi sedikit akan wujud. Kita perlulah bersemangat patriotik demi menjamin kedaulatan negara. Misalnya, apabila lagu Negaraku dimainkan di mana-mana tempat, orang awam yang berada di kawasan tersebut akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku dengan besemangat sebagai tanda semangat patriotik yang telah diterapkan dari bangku sekolah malahan di rumah. Bukan itu sahaja, bendera Malaysia juga akan digantung dan dikibarkan dengan megah apabila Hari kemerdekaan disambut mahupun digantung di mana-mana tempat sebagai tanda bendera tersebut merupakan kebanggan negara.
Di samping itu , kita haruslah saling hormat-menghormati
antara satu sama lain agar tiada masalah persilisihan faham yang merupakan
geseran kepada negara yang menjadi punca utama
negara menghadapi masalah yang serius berkaitan kaum. Amalan hormat-menghormati dapat memudahkan
segala urusan yang dijalankan di dalam negara berjalan lancar. Contohnya, apabila
sesuatu kaum meraikan hari perayaan masing-masing, kaum yang lain akan turut
meraikan bersama sebagai tanda bersatu hati. Selain itu, kita perlu menghormati
kaum lain dengan cara salah satunya ialah menghormati rumah ibadat kaum
masing-masing. Bagi kaum Melayu perlulah menghormati kuil sebagai tempat ibadat
masyarakat Hindu dan gereja tempat ibadat masyarakat Kristian. Begitu juga
dengan kaum yang lain, mereka perlu menghormati masjid sebagai tempat ibadat
masyarakat Islam. Oleh itu, isu tentang perkauman dapat dielakkan serta kita
sebagai rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman damai.
Justeru, kita juga
hendaklah saling berkerjasama dalam mempertahankan kedaulatan
negara.Kemerdekaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama antara
masyarakat Malaysia.
PENGAJARAN
Pengajaran yang kita dapat ialah kalau sebuah negara
mempunyai integrasi satu sama lain dan dasar-dasar kerajaan, negara itu akan
maju dan situasinya lebih aman dan damai. Kita juga perlu bekerjasama supaya
proses perpaduan di negara kita kesepaduan sosial dapat dikekalkan. Kalaulah
kita mangabaikan mungkin peristiwan yang tidak baik akan beraku contoh pada 13
mei 1969 Tanah Melayu pernah berlaku satu peristiwa ia itu rusuhan kaum antara
kaum melayu dan kaum cina oleh itu untuk mengelakkan peristiwa seperti berikut
kita perlulah bersatu padu antara kita kalau tak mungkin orang lain akan
mengambil kesempatan.





















Comments
Post a Comment